fbpx

Rina akan jumpa TMJ bagi persembah status perbicaraan Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Harun

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun akan menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam bagi mempersembah status perbicaraan kes penderaan Bella.

Rina berkata, kementeriannya sedia bekerjasama dengan peguam TMJ bagi membantu kes prosiding penderaan remaja perempuan itu.

Menurutnya, titah TMJ yang mahu menawarkan khidmat peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian untuk kes ini amatlah bermakna.

“Kerjasama itu penting buat pihak kementerian dalam memperkasakan usaha menegakkan keadilan buat adik Bella.

“Kementerian menyambut baik pelawaan ini dan akan bekerjasama rapat dengan pihak peguam yang dititahkan TMJ,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, beliau terharu dengan keprihatinan yang TMJ dan Che’ Puan Besar (Khaleeda) yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan itu.

Rina berkata, beliau mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk terus memanjatkan doa semoga urusan perbicaraan kes penderaan adik Bella dipermudahkan dan kebenaran dapat dibuktikan di akhir perbicaraan kelak.

Terdahulu, TMJ menerusi Instagram rasminya memaklumkan, Tuanku sudah menghubungi peguamnya serta akan berhubung dengan Rina bagi menawarkan perkhidmatan peguam secara percuma itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI