fbpx

Pusat beli belah dijangka ‘pecah’ bermula 20 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua pusat membeli belah seluruh negara dijangka bakal dipenuhi pengunjung bagi mendapatkan keperluan raya bermula 20 April nanti.

Jangkaan tersebut dibuat gara-gara bayaran Pengeluaran Khas Kumpalan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibayar pada tarikh tersebut.

Ketika ini di media sosial rata-rata orang ramai sudah berkira-kira untuk mendapatkan barang raya terutamanya kelengkapan baju raya pada tarikh tersebut.

“Memang jangkaan bakal berlakunyanya kesesakan melampau bermula 20 April ini, kita boleh tengok terutamanya di beberapa pusat beli-belah terkenal seperti Sogo akan dipenuhi orang ramai.

“Lagi satu tahun ini adalah tahun pertama orang ramai dapat beraya selepas dua tahun PKP akibat Covid-19,” jelas Matt Udiee JB.

“Kena rancang ini, kalau tidak memang akan terjebak. Paling ketara kesesakan berlaku mungkin pada 25 April nanti.

“Tarikh itu bagi yang bekerja gaji dah mula dapat, kita boleh tengok macam mana Kuala Lumpur ‘pecah’ nanti. Pandai-pandai lah berjimat yang risau lepas raya tu nanti,” jelas Farah Hanan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI