fbpx

‘Mat Saleh’ berang ditegur tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menyaksikan seorang warga asing memarahi pengawal selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.

PETALING JAYA – Sekali lagi kecoh di media sosial hari ini berkenaan individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Sekali lagi melibatkan warga asing yang dilaporkan berlaku di Village Grocer M City Ampang, ‘mat saleh’ itu dirakam tidak memakai pelitup muka ketika memasuki premis tersebut.

Menjadi tular apabila dia memarahi pengawal keselamatan yang menegurnya dan turut mengeluarkan kata-kata kesat serta isyarat lucah.

Menerusi vido yang tular di laman Twitter berdurasi 18 saat itu, orang ramai yang berada ditempat kejadian juga turut terkejut dengan tingkah laku yang ditunjukkan warga asing tersebut.

Sementara itu, menerusi media sosial rata-rata orang ramai juga mengecam tindakan ‘mat saleh’ itu dan menyifatkan dia langusng tidak layak untuk memasuki negara ini.

“Dia ingat negara bapa dia mungkin, dah kau masuk negara orang yang mewajibkan pakai pelitup muka, pakai saja lah apa susah sangat.

“Kalau tak boleh ikut senang, kau keluar. Orang tempatan ramai-ramai boleh buat kau masuk negara orang nak buat pandai,” jelas Pak Yop Yop.

“Tangkap terus, tak ada nak cakap-cakap dah dengan orang macam ni, dia ingat bangsa dia semua betul, ni letih kalau bangsa penajajah ni,” kata Riduan Hasan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI