fbpx

Lebih 5 juta murid, pelajar bersekolah seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, Kota Bharu memulakan sesi pembelajaran tanpa sistem penggiliran bermula hari ini . - FOTO: YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Seramai lebih 5 juta murid dan pelajar di seluruh negara kembali bersekolah seperti biasa mulai hari ini dan esok selepas sistem penggiliran ditamatkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, daripada jumlah itu ia melibatkan kira-kira 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.1 juta sekolah menengah.

Menurutnya, bermula hari ini, sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi kumpulan A melibatkan 130,177 orang murid tahun tiga hingga lima di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

“Persekolahan bagi Kumpulan B pula, seramai 416,000 orang murid tahun tiga hingga lima di negeri-negeri lain yang dijadual bermula esok dan kita berharap ia berjalan lancar seperti hari ini.

“Maklum balas terhadap pihak sekolah turut mendapati sama ada guru, ibu bapa dan pelajar masing-masing memberi kerjasama sebaiknya untuk sesi persekolahan secara bersemuka,” katanya selepas meninjau operasi sekolah selepas sistem penggiliran ditamatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini hari ini.

Tambah Radzi, semua pihak disaran supaya terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan SOP kekal dipatuhi oleh semua pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI