fbpx

Lari tinggal mercun seludup tepi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak-kotak berisi mercun yang ditinggalkan penyeludup di tebing Sungai Golok berhampiran Kuala Jambu, Tumpat semalam. - FOTO: IHSAN PGA

TUMPAT – Sekumpulan lelaki yang sedang leka menyeludup mercun ketika umat Islam sedang bersahur lari meninggalkan barangan itu di tebing Sungai Golok selepas kegiatan mereka di Kuala Jambu di sini diketahui Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

PGA menyerbu kawasan tersebut kira-kira pukul 5.45 pagi ketika melakukan rondaan rutin menerusi Ops Wawasan Kelantan.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan, anggota bertugas mengesan pergerakan sekumpulan individu sedang memunggah beberapa buah kotak dari dalam perahu ke tebing Sungai Golok.

Menurutnya, apabila menyedari kehadiran PGA, mereka terus menaiki perahu dan mendayung ke sebelah Thailand.

“Pemeriksaan ke atas barangan yang ditinggalkan itu mendapati ia mengandungi 1,462 kotak dan 100 paket mercun pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM29,135.

“Kita percaya mercun-mercun ini diseludup dari Thailand ke negara ini untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, kesemua rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Jambu di sini dan kes disiasat mengikut dan kes disiasat mengikit Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI