fbpx

KPM bentang Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 4.0 bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kanan) beramah mesra dengan seorang murid semasa meninjau operasi sekolah selepas sistem penggiliran ditamatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, Kota Bharu hari ini. - FOTO: YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka akan membentang Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 pada bulan ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, langkah untuk sistem pendidikan negara itu selari dengan peralihan negara ke fasa endemik pada 1 April lalu.

Menurutnya, perbincangan mengenai garis panduan itu sudah memasuki fasa akhir sebelum ia bakal diumumkan kelak.

“Garisan panduan ini dilakukan mengambil kira pandangan dan perincian daripada pihak Kementerian Kesihatan.

“Hal ini bagi memastikan garis panduan tersebut mengambil pandangan dari sudut kesihatan kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan daripada ancaman Covid-19,” katanya selepas meninjau operasi sekolah selepas sistem penggiliran ditamatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini hari ini.

Radzi memberitahu, garis panduan itu juga meliputi aktiviti kokurikulum antara sekolah dengan sekolah lain.

Katanya, sepanjang pandemik Covid-19, aktiviti kokurikulum hanya berlangsung di dalam sekolah sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI