fbpx

Kedai runcit promosi iklan judi digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Tindakan pihak tertentu mempromosikan iklan judi di sebuah kedai runcit di Kapar di sini, mengundang padah apabila premis itu digempur polis hari ini.

Operasi kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu membawa kepada penahanan dua lelaki berusia 28 dan 36 tahun di premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, operasi itu dilakukan selepas pihaknya mengesan iklan promosi judi jenis Casino dan 4D di laman Facebook.

Iklan promosi judi itu.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kapar membuat pemeriksaan menyeluruh di kedai runcit berkenaan.

“Dua lelaki masing-masing warga tempatan dan warga asing diberkas bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kita merampas barangan seperti dua unit mesin cetak, enam buku baucer promosi dan dua telefon bimbit yang digunakan untuk judi loteri awam tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi iklan itu, pelanggan ditawarkan baucer sehingga RM50 kononnya sebagai promosi sempena Ramadan.

Jelas Vijaya Rao, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan direman untuk siasatan lanjut.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI