fbpx

Isteri bela kucing paling berisiko untuk curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri yang memelihara kucing lebih cenderung curang dengan suami. - Think Stock

LONDON – Satu tinjauan terbaharu mendapati bahawa isteri yang memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan lebih cenderung untuk berlaku curang dengan suami mereka, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Wakil platform janji temu individu yang sudah berkahwin, IllicitEncounters, Jessica Leoni yang menjalankan tinjauan itu berkata, 22 peratus daripada 1,400 isteri curang mengakui memiliki kucing sebagai haiwan kesayangan.

Selain kucing, wanita yang memilih ikan sebagai haiwan peliharaan juga berisiko tinggi bermain kayu tiga dengan pasangan mereka sebanyak 17 peratus.

Wanita yang memelihara anjing dipercayai paling setia kerana hanya 12 peratus sahaja daripada peserta tinjauan mengaku menduakan pasangan mereka.

Seorang wanita bernama Camilla, 42, yang mengaku curang dengan suaminya memberitahu  kucing adalah haiwan yang senang dijaga.

“Kucing sangat berdikari jadi ia memberi saya lebih banyak masa untuk menjalin hubungan sulit. 

“Mempunyai kekasih gelap memberi saya suntikan adrenalin untuk menikmati hidup,” kata Camilla. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI