fbpx

Harga tembikai Densuke RM25,000 sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAH tembikai Densuke paling mahal dilelong dalam sejarah adalah pada 2019 dengan harga 750,000 yen (RM25,121). – Oddity Central

TOKYO – Tembikai jenis Densuke dari Jepun dilaporkan adalah yang paling terkenal dan mahal berbanding lebih 1,200 tembikai jenis lain di seluruh dunia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Tembikai itu hanya ditanam di Pulau Hokkaido, utara Jepun dalam kuantiti kecil yang jarang melebihi 100 biji setahun.

Densuke dianggap salah satu tembikai paling jarang di dunia. Ia bukan sejenis buah yang akan ditemui di pasar atau kedai runcit.

Tembikai itu sebaliknya dilelong kepada pembida tertinggi dalam acara yang dinanti-nantikan pada harga beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit.

Buah tembikai Densuke paling mahal pernah dijual pada harga harga 750,000 yen (RM25,121) sebiji dalam tahun 2019. 

Bagaimanapun, harganya telah turun sejak dua tahun lalu disebabkan oleh pandemik Covid-19 tetapi masih kekal sebagai tembikai termahal di dunia setakat ini.

Densuke terkenal dengan kulitnya yang hitam dan berkilat. Buahnya dikatakan rangup dan mempunyai tahap kemanisan paling tinggi berbanding tembikai jenis lain serta kurang biji.

Harganya yang mahal ditetapkan berikutan faktor masa dan dedikasi diperlukan dalam penanamannya. 

Menurut majalah The Gardener, tidak dijelaskan mengapa tembikai Densuke tidak ditanam secara meluas di luar Jepun tetapi benihnya dilaporkan tersedia secara komersial di Eropah dan Amerika Utara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI