fbpx

Geng remaja warga asing curi motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek pertama yang ditahan di polis selepas menunggang motosikal di Jalan Bukit Bintang tanpa memakai topi keledar.

KUALA LUMPUR – Kegiatan empat remaja warga asing yang aktif mencuri motosikal jenis Honda EX5 di sekitar ibu kota akhirnya terbongkar selepas kesemua mereka ditahan dalam beberapa siri tangkapan sejak Jumaat lalu.

Difahamkan, mereka menjadikan motosikal jenis Honda EX5 sebagai sasaran kerana mudah dicuri sebelum digunakan sendiri atau dijadikan sebagai alat ganti.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohammad Idzam Jaafar berkata, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 14 hingga 26 tahun dan mengaku terlibat dalam kegiatan curi motosikal tersebut.

Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal jenis Honda Ex5.

“Pada Jumaat lalu kira-kira 9.30 pagi, seorang pembantu stor telah melaporkan kehilangan motosikal jenis Ex5 miliknya yang diparkir berdekatan Hotel Boutique, Cheras.

“Pada hari sama, polis telah menahan seorang remaja lelaki warga asing berusia 14 tahun yang menunggang motosikal di Jalan Bukit Bintang tanpa memakai topi keledar kira-kira pukul 9.49 malam.

“Remaja berkenaan juga tidak mempunyai lesen memandu dan pemeriksaan mendapati, motosikal tersebut merupakan motosikal yang baru dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, berpandukan maklumat suspek, polis telah menahan dua lagi individu warga asing, masing-masing berusia 14 dan 26 tahun di sekitar Taman Maluri, Cheras termasuk merampas sebuah motosikal EX5 berwarna ungu yang dipercayai telah dicuri.

“Tangkapan terakhir telah dilakukan di sekitar Taman Lembah Maju, Ampang membabitkan seorang remaja lelaki warga asing berusia 15 tahun.

“Kesemua mereka mengaku terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar ibu kota dan soal siasat juga terpaksa disambung semula berikutan salah seorang suspek masih khayal akibat kesan menghisap gam,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI