fbpx

Ferrari puas hati prestasi jentera F1-75

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA F1-75 berjaya membantu Leclerc merangkul dua kemenangan daripada tiga perlumbaan musim ini. – AFP

MARANELLO – Pasukan Formula Satu (F1) Ferrari tidak mahu melakukan naik taraf secara drastik terhadap jentera F1-75 menjelang Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Litar Imola minggu depan.

Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto percaya mereka hanya perlu menambah baik beberapa aspek teknikal memandangkan jentera sedia ada sudah berada pada pres­tasi terbaik ketika ini.

Kemampuan jentera F1-75 dalam saingan musim ini berjaya membantu pelumba utamanya, Charles Leclerc untuk memena­ngi dua daripada tiga perlumbaan setakat ini pada GP Bahrain dan Australia.

“Bukan mudah untuk melakukan naik taraf terhadap pakej sedia ada pada sesi latihan bebas kerana kami perlu fokus pada aksi kelayakan keesokan harinya. Oleh itu, perlumbaan di Imola bukanlah waktu yang tepat untuk melakukannya.

“Bagaimanapun, kami akan cuba memperbaiki mana-mana kelemahan tanpa melakukan perubahan besar. Kemudian baru kami akan fikir mengenai bilakah masa yang sesuai untuk menaik taraf pakej jentera kami,” kata Binotto.

Pada masa sama, beliau meng­anggap prestasi jentera musim ini turut bergantung kepada keadaan litar dalam setiap perlumbaan dan ia membuatkan pasukan itu berjaga-jaga sebelum membuat perubahan.

“Saya tahu kami berdepan beberapa isu dan akan cuba selesaikan pada perlumbaan di Imola. Kami sedang cuba sedaya upaya tetapi masih ada banyak isu yang belum diselesaikan,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI