fbpx

Debat Perdana Najib, Anwar ditetap 12 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Debat Perdana antara Najib dan Anwar akan diadakan pada 12 Mei nanti.

PETALING JAYA – Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diadakan pada 12 Mei nanti di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Melalui kenyataan bersama Penasihat Komunikasi Barisan Nasional (BN), Isham Jalil dan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil hari ini berkata, debat tersebut yang dijadual bermula pukul 9 malam itu dapat disaksikan secara langsung melalui media-media yang akan diumumkan atau secara fizikal atas jemputan kedua-dua pemimpin tersebut.

“Format merangkumi tiga bahagian iaitu permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy serta sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

“Selain itu, ia juga berhubung masa depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.

“Kami percaya, ramai yang menantikan debat ini dan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan meraikan idea, hujah, serta pandangan berbeza dalam suasana aman yang mencerminkan budaya berpolitik lebih matang,” jelas kenyataan tersebut sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI