fbpx

Cabaran menanti pesilat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERATURAN baharu pada temaysa Sukan SEA Hanoi menyebabkan skuad silat negara terpaksa menyertai kem latihan pusat untuk mengasah teknik dan kemahiran.

SKUAD silat negara dilihat bakal berdepan cabaran sengit ketika memulakan saingan menjelang temasya Sukan SEA Hanoi, Viet­nam pada Mei nanti apabila peraturan baharu silat olahraga digunakan buat julung-julung kali sekali gus menjadikannya lebih mencabar.

Peraturan baharu silat olahraga tersebut mula digunakan pada Kejohanan Silat Asia Tenggara di Singapura Februari lepas dan telah memberi kesan kepada prestasi dan pencapaian pesilat Malaysia selepas sekadar me­rangkul dua emas.

Antara peraturan baharu yang digunakan seperti membenarkan membuat tumbukan Superman, tarik dan pukul, pukul di bahagian belakang vest, pukulan tangan belakang, lompat dan menyiku ke vest, membuat kuncian menjadikan sukan silat lebih menarik kerana mempunyai eleman ala seni bela diri campuran (MMA).

Pengurus pasukan, Datuk Mohd. Arpan Sari berkata, pasukannya telah melakukan kem latihan pusat selama 12 hari di Langkawi bagi mengasah teknik sebelum berlepas ke Hanoi.

“Dari segi persiapan, skuad silat negara telah menjalani latihan pusat di Langkawi pada 29 Mac hingga 11 April lalu. Di sana, mereka diberikan latihan intensif siang dan malam untuk memastikan semua atlet dalam keadaan bersedia.

“Saya akui atlet silat perlu menjalani latihan lebih agresif lagi memandangkan di Hanoi nanti mereka akan bertarung dengan menggunakan peraturan baharu buat julung kalinya di temasya dwitahunan tersebut.

“Saya peraturan ini bukan sahaja memberi cabaran kepada Malaysia tetapi juga kepada negara-negara lain. Kita tidak tahu kekuatan negara masing-masing, jadi saingan kini lebih terbuka.

“Saya percaya bahawa ke­semua atlet negara telah bersedia terutama dengan semangat yang jitu, kekuatan dan mental yang diasuh untuk beri saingan sengit ketika di Hanoi nanti,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negara semalam.

Menjelang Sukan SEA Hanoi yang bermula pada 12 hingga 23 Mei ini nanti, sebanyak tiga pingat emas daripada 16 acara disertai bakal menjadi sasaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI