fbpx

2 remaja tunjuk hebat ‘wheelie’ motosikal diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan dua remaja mempamer aksi wheelie yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

PONTIAN – Dua remaja diberkas selepas disyaki terlibat dalam aksi ‘wheelie’ motosikal sebelum video mereka tular di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Video berdurasi 25 saat itu dipercayai dirakam ketika mereka melakukan aksi berbahaya di Kilometer 77.1 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, Benut di sini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, kedua-dua mereka ditahan pada pukul 5 petang semalam di rumah masing-masing di kawasan Benut.

“Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke IPD Pontian bagi siasatan lanjut dan motosikal yang digunakan bagi melakukan aksi berbahaya itu dirampas.

“Hasil siasatan yang dijalankan mereka mengakui kesalahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Shofee, mereka disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara 5 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

“Perbuatan menunggang motosikal dengan aksi ‘wheelie’ menjadi trend masa kini bagi mencari keseronokan tetapi perbuatan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Malah penunggang yang melakukan aksi tersebut juga terdedah kepada kemalangan jalan raya yang boleh membawa kepada kemalangan maut,” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka diluar supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang jalan raya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI