KEBELAKANGAN ini, nama pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad kerap menjadi bahan bualan netizen terutama selepas dia muncul menerusi drama Jangan Menangis Cinta.
Semuanya gara-gara ada yang mengatakan wajahnya persis dua selebriti terkenal iaitu Zizan Razak dan Shukri Yahaya.
Cara dia bercakap saling tidak tumpah seperti pelakon filem Abang Long Fadil itu ujar netizen.
“Muka campur Syukri dan Zizan. “Cara bercakap memang sama seperti Zizan. Ada pertalian darah ke dengan Zizan?” soal netizen.
Konklusinya, sekali imbas seperti Shukri, dua kali tengok macam Zizan tetapi kali ketiga, memang Wanns Ahmad.
Harap Wanns okey jika ramai yang kerap menyamakan dia dengan orang lain. Setiap orang memiliki cara berbeza. Harap dia akan lebih dikenali dengan bakat yang ada.