fbpx

Tiga lelaki menyamar polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahimi.

GEORGE TOWN – Tiga lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan jenayah dengan menyamar polis dan bertindak mencederakan serta menyamun mangsa berjaya ditahan polis, di Bayan Lepas dekat sini Rabu lalu.

Kesemua suspek yang berusia 24 hingga 30-an itu ditahan secara berasingan bermula pukul 1 tengah hari selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri telah berjaya mengesan dan menangkap seorang suspek di kawasan Bayan Lepas.

“Hasil siasatan lanjut telah membawa kepada dua lagi tangkapan rakan jenayah yang terlibat dan membuat rampasan seperti dua unit telefon bimbit, satu unit beg, satu paket dadah jenis syabu dan sekeping kad ATM,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook PDRM Pulau Pinang hari ini.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Datuk Keramat, di sini terdahulu membuat laporan mendakwa didatangi dua lelaki yang mengaku sebagai anggota polis kira-kira pukul 11.30 malam pada 31 Mac lalu.

“Kemudian mereka membawanya ke kawasan gelap di bahagian belakang kedai tersebut dan dua suspek bertindak menumbuk perut mangsa sebelum memaksanya menyerahkan duit dengan cara pemindahan wang secara dalam talian sebanyak RM1,000 ke satu akaun bank,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati suspek yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar barang dan penganggur itu mempunyai dua hingga 10 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Menurutnya lagi, ketiga-tiga suspek juga positif dadah dan kesemua suspek direman sehingga 19 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI