fbpx

Tiada duit bayar tambang, remaja perempuan kelar leher pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pemandu e-hailing yang dikelar pada leher dalam kejadian di Jalan Ipoh, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Tiada duit untuk membayar tambang menjadi punca seorang remaja perempuan mengelar leher pemandu e-hailing dalam kejadian di Jalan Ipoh, di sini pagi Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 2.55 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 63 tahun itu telah mengambil suspek di Tangkak, Johor menggunakan aplikasi e-hailing.

“Setelah sampai destinasi, suspek perlu membayar jumlah tambang RM400 yang dipersetujui namun remaja itu enggan membayar kerana tidak mempunyai duit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pemandu terbabit membuat keputusan menghantar suspek ke balai polis sebelum perempuan itu bertindak mengelar leher mangsa menggunakan sebilah pisau lipat dan melarikan diri.

Difahamkan, suspek turut meninggalkan pisau lipat yang digunakan di dalam kereta mangsa.

“Mangsa kemudian memandu ke Balai Polis Sentul untuk meminta bantuan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

“Susulan itu, polis telah menahan suspek perempuan berusia 16 tahun terbabit dekat premis perniagaan di hadapan bank sekitar Jinjang, di sini hari ini,” ujarnya.

Jelasnya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit miliknya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI