fbpx

Selaraskan gaji minima semua sektor – ATAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huck Teng (dua dari kiri) dan Soon Hin (tengah) ketika pelancaran program ekspo 'Jom Cari Kerja' di Hotel Ixora, Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang (ATAP) menggesa agar subsidi gaji sepanjang tempoh setahun penangguhan pelaksanaan kadar gaji minimum untuk sektor pelancongan dan hospitaliti dibuat secara lebih adil dan seimbang dengan sektor lain.

Presidennya, Ch’ng Huck Teng berkata, kedua-dua industri itu masih dalam proses untuk ‘pulih’ daripada kegawatan ekonomi susulan belenggu pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Katanya, ketika ini juga, industri pelancongan dan hospitaliti yang dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum itu cuma menawarkan gaji asas sebanyak RM1,200 sahaja.

“Ini menyebabkan kami mengalami masalah kekurangan pekerja kerana ramai tidak berminat untuk bekerja di hotel dan lari untuk bekerja di kilang dan sebagainya.

“Justeru, kami berharap agar semua sektor diselaraskan gaji minima pada kadar RM1500,” katanya kepada pemberita pada program Jom Cari Kerja di Butterworth di sini hari ini.

Ekspo anjuran Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang dengan kerjasama ATAP, Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia serta Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Industri Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin.

Dalam pada itu, Soon Hin berkata, terdapat 33 pempamer atau pemain industri yang mengambil bahagian pada ekspo berkenaan termasuk Rapid Penang, Plenitude Hotels, The Blanket Group of Hotels, Hard Rock Hotel, Iconic Hotel, The Top Penang, Cititel Penang dan Prima Link. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI