fbpx

Rusia ulangi amaran keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marin (kiri) dan Andersson (kanan) semakin pasti untuk menyerahkan permohonan menjadi ahli NATO meskipun diugut Putin (tengah). - Presswire18

MOSCOW – Rusia memberi amaran ‘akibat amat buruk menanti’ sekiranya Sweden dan Finland memilih untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Amaran itu disuarakan selepas Kremlin mengumumkan akan memperkukuhkan pertahanan nuklearnya di rantau Baltik.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev berkata,  status bebas nuklear rantau Baltik bukan lagi satu jaminan, manakala keseimbangan perlu dipulihkan.

“Kita perlu mengukuhkan sempadan ini (Baltik). Sehingga hari ini, Rusia tidak pernah mengambil langkah sedemikian dan tidak mahu melakukannya. 

“Namun jika perkara sebaliknya berlaku, perlu diingatkan bahawa ia tidak dimulakan oleh Rusia,” tegas Medvedev.

Bekas Presiden Rusia itu menambah, Moscow serius untuk memperkukuhkan  angkatan darat dan pertahanan udaranya serta akan mengerahkan pasukan tentera laut ke Teluk Finland.

Ancaman dan ugutan oleh Rusia  semakin kerap disuarakan selepas Sweden dan Finland dipercayai semakin hampir menyertai NATO.

Menurut laporan, permohonan oleh kedua-dua negara itu boleh diserahkan dalam tempoh hanya beberapa minggu.

Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson difahamkan tidak sabar untuk negara itu menyertai NATO menjelang Jun ini dalam tindakan yang menimbulkan kemarahan Presiden Vladimir Putin.

Permohonan Sweden dijangka diserahkan semasa mesyuarat NATO di Madrid pada 29 hingga 20 Jun ini, demikian menurut media Sweden.

Finland pula yang selama ini mengelak daripada dikaitkan dengan NATO untuk tidak mengelak provokasi dengan Rusia, dilihat semakin terbuka dengan idea tersebut selepas Moscow menceroboh Ukraine.

Negara itu juga mengumumkan latihan ketenteraan di Finland Barat dengan penyertaan tentera dari Britain, Amerika Syarikat, Latvia dan Estonia.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Lithuania, Arvydas Anusauskas berkata,  Rusia sudah menempatkan  senjata nuklear di rantau Baltik tetapi tidak mengesahkannya secara terbuka.

Anusauskas memberitahu bahawa senjata nuklear telah ditempatkan di wilayah Kaliningrad yang dikuasai Rusia di rantau Baltik sejak sebelum konflik Ukraine bermula.

“Ancaman semasa Rusia kedengaran agak pelik. Kita  tahu bahawa walaupun tanpa konflik Ukraine, Moscow menempatkan senjata nuklear pada jarak 100 kilometer dari sempadan Lithuania.

“Senjata nuklear sentiasa disimpan di Kaliningrad dan situasi ini disedari sejak sekian lama oleh masyarakat antarabangsa dan negara-negara rantau Baltik. Mereka (Rusia) menggunakannya sebagai ancaman,” jelas Anusauskas.

Wilayah Kaliningrad diapit oleh dua negara  anggota NATO iaitu Lithuania dan Poland.

Perdana Menteri Lithuania, Ingrida Simonyte berkata,  ancaman Rusia untuk meningkatkan kekuatan ketenteraan, termasuk nuklear di rantau  Baltik adalah bukan sesuatu yang baharu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI