fbpx

Kalau dah jodoh, cinta tetap kembali bertaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN sensasi Zayn Malik dan Gigi Hadid (kanan) serta Anushka Sharma serta suaminya, Virat Kholi pernah melalui episod putus cinta bertaut kembali.

BENAR kata orang, jika sudah jodoh, pasti tidak akan ke mana.

Biarpun pernah terpisah dek pelbagai alasan yang kadangkala tidak masuk akal, namun andai saki-baki cinta masih ada dalam sanubari, tak mustahil jika hubungan kembali bertaut.

Contoh terdekat yang berlaku dalam dunia hiburan baru-baru ini adalah kisah romantis membabitkan pasangan selebriti popular, Jennifer Lopez atau JLo bersama aktor Ben Affleck yang kembali mengikat pertunangan selepas hampir dua dekad membatalkan perkahwinan mereka.

JENNIFER Lopez dan Ben Affleck kembali bercinta selepas terpisah dua dekad lalu kerana perkahwinan mereka dibatalkan.

Ternyata, rahsia jodoh dan pertemuan sememangnya sangat misteri. Jika dahulu pernah kembali menjadi orang asing selepas hubungan dibina putus di tengah jalan, namun masa dan takdir mengubah segalanya.

Minggu ini, Gala berkongsi beberapa kisah menarik lain yang pernah berlaku membabitkan selebriti ternama dunia.

Gigi Hadid & Zayn Malik

Pasangan popular ini mula rapat sekitar 2015 dan hubungan mereka dikatakan serius selepas Gigi muncul dalam video muzik lagu Zayn, Pillowtalk selain pernah menjayakan sesi fotografi bersama majalah Vogue.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, hubungan cinta mereka dikatakan tenggelam timbul, sekejap bercinta, sekejap putus. Cuma mampu bertahan beberapa ketika, Gigi dan Zayn akhirnya mengumumkan perpisahan pada 2018.

Nampak seperti satu permainan, tetapi hubungan pasangan popular itu tak ubah seperti roller-coaster kerana pada 2020, cinta mereka kembali bertaut. Malah, rasa cinta mereka semakin membara selepas Gigi hamil anak Zayn yang dilahirkan tahun lalu.

Pink & Carey Hart

Penyanyi Pink bertemu suaminya, Carey Hart pada 2011 ketika menghadiri Summer X Games in Philadelphia sebelum kemudian bercinta, tetapi mereka berpisah dua tahun selepas itu.

HUBUNGAN Pink dan suaminya, Carey Hart juga pernah dilambung badai sebelum akhirnya berkahwin pada 2010.

Dua tahun kemudian, mereka berbaik dan berkahwin. Hubungan pasang surut, mereka tiba-tiba memilih berpisah pada 2008 dan kekal sebagai kawan, tetapi sepanjang berpisah, pasangan itu menjalani terapi sebelum sekali lagi bersatu pada 2010.

Kata Pink, video muzik lagunya, So What menjadi penyebab mereka kembali bersama.

Anushka Sharma & Virat Kohli

KALI pertama bertemu ketika terlibat dalam penggambaran iklan pada 2013 tidak memercikkan rasa cinta pandang pertama antara aktres Anushka Sharma dan pemain kriket pasukan kebangsaan India, Virat Kohli.

Namun, tidak lama selepas itu, mereka dikatakan bercinta selepas kerap dilihat keluar bersama. Malah, Anushka sering turun menyaksikan perlawanan membabitkan Virat.

Biarpun tidak membuat pengakuan rasmi tetapi hubungan pasangan itu paling menjadi perhatian sehingga Anushka pernah disalahkan atas prestasi kurang memberangsangkan Virat sewaktu pasukan India kalah dalam beberapa perlawanan.

Pada 2016, hantaran Instagram Virat mengunci perhatian peminat apabila kapsyen ditulisnya seakan-akan memberi gambaran dirinya patah hati.

Situasi tersebut sekali gus menimbulkan spekulasi cintanya bersama Anushka musnah. Akhirnya, pasangan itu kembali bersama sebelum berkahwin pada 2017 di Itali.

Hilary Duff & Matthew Koma

BUKAN sekali tetapi tiga kali aktres Hilary Duff bercinta dengan Matthew Koma sebelum akhirnya berkahwin dengan lelaki itu pada 2020.

Mereka kali pertama bertemu ketika Hilary menyiapkan album Breathe In. Breathe Out pada 2015 tetapi bercinta secara sembunyi.

SEBELUM berkahwin, tiga kali Hilary Duff dan Matthew Koma putus cinta.

Pada 2017, barulah mereka berkongsi kepada umum. Sayangnya, hubungan terputus beberapa bulan selepas itu tetapi cinta bercantum kembali pada tahun sama.

Pasangan itu bertunang pada 2019 sebelum berkahwin pada 2020. Mereka dikurniakan dua orang anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI