fbpx

Jangan timbulkan polemik – Saddil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SADDIL (kiri) memohon para peminat bola sepak di Indonesia tidak perlu membahas isu pelepasan dirinya ke Sukan SEA kerana tidak mahu situasi tidak selesa dalam pasukan Sabah FC.

PEMAIN import Sabah FC, Saddil Ramdani memohon seluruh peminat bola sepak di Indonesia supaya tidak menimbulkan sebarang polemik atau mencetus isu membabitkan keputusan pasukan tidak melepaskannya me­nyertai skuad Garuda pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam nanti.

Di sebalik akur dengan keputusan kelab, bekas pemain Pahang itu juga enggan isu tersebut mampu mengeruhkan keadaan dan menimbulkan situasi tidak sihat dalam pasukan.

Saddil menerusi IG Story miliknya menjelaskan, ketiadaannya dalam skuad Indonesia pada Sukan SEA nanti tidak beri kesan besar dan bertegas akan kekal sebagai penyokong nombor satu skuad Garuda.

“Teman saudaraku khususnya masyarakat Indonesia yang meminta saya balik kepada skuad kebangsaan, tolong sudahi (hentikan) bahasa atau komen yang tidak seharusnya diucapkan kepada pasukan Sabah FC, pengurusan mahupun pelatih.

“Saya bukan pemain yang istimewa dan tidak perlu diharapkan lebih. Indonesia mempunyai banyak pemain berkualiti, bahkan jauh lebih baik, jadi saya meminta tolong untuk tidak perlu membahas soal ini kerana saya tidak mahu situasi tidak ‘enak’ (baik) berada di pasukan kami kerana saya.

“Kalian perlu tahu pelatih kami bekerja secara profesional dan melaksanakan kami anak didiknya secara neutral, saling menyokong dan sangat peduli satu sama lain. Saya selalu berdoa dan menyokong kejayaan pasukan kebangsaan Indonesia,” katanya.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Sabah FC kelmarin, pasukan kekal di luar kalender Persekutuan Bola­ Sepak Antarabangsa (FIFA) dan khidmatnya ditagih untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanapun, The Rhinos kekal dengan komitmennya untuk melepaskan Saddil sertai skuad kebangsaan Indonesia pada jendela FIFA seterusnya pada 30 Mei hingga 14 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI