fbpx

Hannibal perlu diberi peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNIBAL (tengah) menjalani latihan bersama skuad utama United di Carrington menjelang aksi menentang Norwich malam ini. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Bekas pemain pertahanan Manchester Uni­ted, Wes Brown mahu pengurus pasukan tersebut, Ralf Rangnick memberikan peluang buat pemain muda mereka, Hannibal Mejbri untuk diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Norwich malam ini.

Menurutnya, Hannibal memiliki potensi kerana mempunyai kemampuan untuk mengubah situasi serta tempo perlawanan dan perlu diberikan peluang tersebut pada aksi di Old Trafford malam ini.

Biarpun United dalam satu kenyataan menolak laporan bahawa pemain berusia 19 tahun dari Tunisia itu bakal berada dalam kesebelasan utama, namun kelibatnya dilihat menjalani latihan bersama skuad senior United di Carrington.

Hannibal diminta untuk terus kekal menjalani latihan dengan skuad utama ketika pasukan bawah 23 tahun United terbang ke Monaco untuk menjalani sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

Hannibal sudah berada dalam skuad United ketika mereka tewas 0-1 kepada Everton sebelum ini tetapi tidak dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dalam pada itu, bintang sensasi United, Cristiano Ronaldo sudah kembali menyertai sesi latihan biarpun dilapor mengalami kecederaan ketika menentang The Toffees, tetapi Edinson Cavani yang berdepan masalah paha masih belum pulih.

Selain itu, United juga perlu berdepan kemungkinan kehila­ngan dua lagi pemain, Fred dan Scott McTominay yang meng­alami kecederaan dan bakal terlepas aksi menentang Norwich di laman sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI