fbpx

Guru sedang memukat ikan dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menaiki bot untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat Sugani di Pantai Kuala Baru, Setiu hari ini.

SETIU – Kegembiraan 15 sekawan memukat ikan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Kuala Baru, Mangkuk di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.45 tengah malam itu, mangsa, Sugani Yasin, 51, yang juga Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh di sini dihanyutkan arus laut sewaktu sedang menarik pukat bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan rakan-rakannya dikatakan sedang memukat ikan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebelum itu, mereka menaiki bot dari Pantai Kampung Fiktri pada pukul 9 malam ke lokasi yang terletak di muara Sungai Kuala Baru.

“Mereka melabuhkan pukat selama lebih tiga jam sebelum memutuskan untuk menariknya,” katanya di sini hari ini.

Afandi berkata, Sugani dan tiga rakan lain dikatakan telah turun dari bot untuk sama-sama menarik pukat kerana kebetulan air sedang surut.

Ujarnya, lelaki itu kemudiannya dikatakan termasuk ke dalam laluan air laut agak dalam sebelum dihanyutkan aliran deras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI