fbpx

Gosip Rihanna dicurangi ketika hamil palsu, Amina bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pereka fesyen, Amina (gambar dalam bulatan) yang dikaitkan menjadi orang ketiga antara Rihanna dan kekasih menafikan desas-desus tersebut.

WANITA yang dikaitkan menjadi orang ketiga antara pemuzik berstatus bilionair, Rihanna dan kekasihnya, A$AP Rocky iaitu Amina Muaddi menafikan khabar angin tersebut.

Amina yang merupakan seorang pereka fesyen menerusi Instastory menegaskan bahawa, tuduhan berkenaan sangat tidak berasas dan merupakan gosip murahan.

“Saya percaya bahawa pembohongan tidak berasas tersebar dalam media sosial sepatutnya tidak layak diberikan sebarang respons ataupun penjelasan, terutama yang bersifat sangat jijik.

“Pada mulanya, saya beranggapan gosip palsu ini yang direka dengan niat buruk tidak seharusnya diambil serius.

“Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam lalu, saya kian tersedar betapa kita hidup dalam masyarakat yang sangat cepat untuk bercakap tentang sesuatu perkara tanpa memikirkan asas fakta dan limitasi,” ujar Amina yang berketurunan Romania-Jordan itu.

Tambahnya lagi, dia tidak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan Rihanna yang sekarang berada dalam fasa yang patut diraikan semua orang iaitu hamil anak sulungnya.

“Tak patut berlaku pada waktu paling indah dan paling diraikan dalam kehidupan seseorang.

“Dengan itu, saya harus bersuara bukan untuk mempertahankan diri sahaja tetapi berhubung orang yang saya sangat-sangat hormati dan sayangi.

“Dalam pada Rih (Rihanna) terus menjalani kehidupan penuh damai, mengandung pakai busana terbaik dan saya akan terus majukan perniagaan dan mengucapkan semua orang, selamat berhujung minggu,” jelasnya sedikit sarkastik.

Semalam, kecoh di laman sosial terutama Twitter, Rihanna yang sedang sarat hamil anak pertama dilaporkan dicurangi kekasih yang juga penyanyi rap, Rocky dan Amina dituduh menjadi orang ketiga dalam perhubungan tersebut – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI