fbpx

Gerai mi tonggek ‘ulat’ diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menunjukkan beberapa ekor ulat ditemui dalam hidangan sotong yang dibeli seorang pelanggan di gerai berkenaan.

PETALING JAYA – Sebuah gerai menjual mi tonggek di bazar Ramadan Putrajaya diarahkan tutup berikutan penemuan ulat di dalam makanan tersebut sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan penutupan itu dibuat dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih.

“Tiga sampel telah diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing.

“Selain itu, kompaun turut dikeluarkan ke atas seorang pekerja kerana tidak mengambil suntikan antitifoid,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mendapati peniaga tersebut memiliki sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya yang mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dijual di bazar.

Jelasnya, KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai pengendalian keselamatan makanan.

Sementara itu, mengenai aduan gumpalan rambut dalam kuih limas di Perak, KKM telah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar untuk tujuan pendakwaan dibawah Akta Makanan 1983.

Dalam pada itu, jelas Dr. Noor Hisham, setakat ini, sebanyak 4,362 premis bazar Ramadan diperiksa di seluruh negara dan 77 notis kompaun bernilai RM38,5000 dikeluarkan atas kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Sebanyak 178 sampel makanan telah diambil untuk dianalisis oleh pihak KKM. Tindakan tersebut diambil untuk memastikan premis makanan sentiasa bersih,” ujarnya.

Katanya, peniaga yang didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawah akta itu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI