fbpx

Enakmen Halal Selangor akan dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (duduk tiga dari kiri) bersama peserta sesi dialog halal di Bangunan SUK Selangor.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan meminda Enakmen Halal Selangor agar selari dan menyeluruh dengan keperluan semasa berbanding menumpukan kepada industri makanan ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pindaan tersebut nanti dapat mencegah isu pemalsuan tanda halal di Selangor dengan lebih tegas serta efisien.

Katanya, pindaan tersebut kini berada dalam proses akhir sebelum dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober depan.

“Sebenarnya enakmen asal berkaitan halal sebelum ini adalah ringkas dan tidak menyeluruh dengan fokus kepada industri makanan.

“Jadi, pindaan ini akan dibuat supaya bersesuaian dengan sektor perubatan, pelancongan, instrumen kewangan dan lain-lain lagi.

“Namun, butiran baharu dalam enakmen itu, saya tak dapat nak dedahkan kerana ia perlu dibentangkan dalam sidang DUN akan datang,” katanya di sini ketika majlis sesi Dialog Halal serta Iftar Ramadan di antara Kerajaan Selangor Dengan Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zawawi menjelaskan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa melakukan pemantauan sekiranya berlaku isu (halal) terbabit.

“Memang kita sedar ada yang main tampal sahaja dalam produk mereka tapi bila semak sebenarnya mereka tidak berdaftar dan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI