fbpx

Budak perempuan maut jatuh balkoni tingkat 18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun jatuh dari balkoni tingkat 18 kediaman di Jalan Danau Saujana 2, Setapak, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang budak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni tingkat 18 sebuah kondominium dalam kejadian di Jalan Danau Saujana 2, Setapak, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi.

“Mangsa yang tinggal dalam salah satu unit di kondominium terbabit telah jatuh dari balkoni tingkat 18 bangunan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibiarkan tidur bersendirian tanpa pengawasan manakala ibunya telah keluar dari rumah.

“Penghuni rumah yang lain sedang tidur di bilik masing-masing dan tidak mengetahui mangsa ditinggalkan bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kanak-kanak itu telah disahkan mati oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak (2001) kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI