fbpx

Bazar ditawan peniaga ‘Rambo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAZAR Ramadan Stadium di Ipoh menjadi lokasi utama orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. – ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Isu peniaga ‘Rambo’ iaitu istilah kepada penjaja tiada permit yang berniaga berdekatan tapak bazar Ramadan menimbulkan rungutan peniaga lain.

Tanpa membayar tapak niaga, kelompok peniaga Rambo ini juga tidak perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti yang dikenakan terhadap peniaga sah.

Mereka ini terdiri daripada peniaga sedia ada di sesebuah lokasi atau peniaga bidan terjun yang membuka gerai hanya semasa Ramadan.

Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu (PPPKM) negeri Perak cawangan Daerah Kinta, Zahari Abd. Murad berkata, perkara ini dilihat tidak adil kepada peniaga-peniaga di bazar Ramadan.

“Menerusi pemerhatian, sesetengah tempat peniaga Rambo ini tak maju sebab kurang pelanggan.

“Sepatutnya mereka ambil kesempatan untuk berniaga di mana-mana tapak bazar Ramadan yang ada di bandar ini kera­na lazimnya bazar Ramadan memang tumpuan orang ramai,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.

Jelasnya, PBT sepatutnya memantau kelompok peniaga Rambo ini khususnya yang tiada permit berniaga dan tidak mendapatkan suntikan tifoid untuk mengendali makanan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) Berhad, Sharul Baha Abdul Rahman berkata, pelaksa­naan bazar Ramadan adalah bagi menyelaraskan peniaga-peniaga kecil untuk berniaga dalam ­ke­adaan tersusun.

“Ia juga demi kebaikan ramai kerana peniaga bazar Ra­madan sentiasa dipantau termasuk dalam soal kebersihan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI