fbpx

Amaran ribut petir di 10 buah negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang ini.

“Di Kedah, antara daerah yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Hujan lebat berserta angin kencang juga diramalkan melanda beberapa daerah di Perak, iaitu di Kerian, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya di sini hari ini.

Selain itu juga katanya, keadaan sama dijangka berlaku di Jeli dan Kuala Krai, Kelantan manakala di Terengganu, cuaca sama turut diramal melanda Besut dan Setiu.

“Selain itu, turut dikenakan amaran sama di Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia lagi, beberapa daerah di Selangor turut diberikan amaran sama iaitu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

“Di Sarawak pula, amaran sama diberikan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu.

“Selain itu, hujan lebat berserta ribut petir turut akan melanda beberapa daerah di Sabah sehingga pukul 4 petang ini melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid),” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI