fbpx

Agong beri sumbang peribadi kepada waris anggota TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharum menyampaikan sumbangan peribadi daripada Agong kepada waris Allahyarham.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada waris dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut akibat kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Tentera Laut Baginda Laksamana Pertama Dato’ Sharum Shaim.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham dan harapan agar tabah serta sabar menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yg beriman,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pada 14 April lalu, dua anggota TLDM Ahmad Faiz Mohd. Hanif dan Norasnizam Mohd. Alui yang berasal dari Negeri Sembilan dan Perlis meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikal yang ditunggang mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI