fbpx

7 lemas, 14 terselamat tragedi bot karam di perairan Timbun Mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh lemas manakala 14 lagi terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Timbun Mata, Semporna kelmarin. /FOTO IHSAN APMM

SEMPORNA – Tujuh individu lemas manakala 14 lagi terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Timbun Mata, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, bot pam yang membawa 21 penumpang dalam perjalanan dari Kampung Bakung-Bakung menuju Kampung Tandoan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norimi Hassan berkata, sebaik menerima maklumat kejadian, sepasukan anggota dan pegawai serta aset maritim terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sejumlah 14 mangsa berjaya diselamatkan manakala tujuh lagi ditemui lemas oleh penduduk kampung berhampiran yang turut membantu di lokasi perairan.

“Tujuh mangsa lemas itu membabitkan lima kanak-kanak dan dua wanita dewasa berusia lingkungan dua tahun hingga 33 tahun,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, semua jenazah mangsa lemas dihantar ke Hospital Semporna untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, Norimi memaklumkan, siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat bot terbabit membawa penumpang melebihi muatan selain cuaca buruk yang turut menyebabkan bot karam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI