fbpx

Yaya Zahir teruja sambut raya di Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAYA teruja kerana pertama kali dapat beraya bersama keluarga sebelah suaminya di Kuching, Sarawak selepas hampir tiga tahun bernikah.

PETALING JAYA – Lebih dua tahun dihimpit pandemik tidak diundang, Covid-19 hingga menyekat ramai untuk beraya di kampung halaman mungkin menjadi salah satu tragedi hitam buat kebanyakan orang.

Tidak terkecuali buat pengacara cantik manis program hiburan popular, Hlive, Yaya Zahir yang meluahkan keterujaan untuk pulang beraya di kampung sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tidak lama lagi.

Kata Yaya yang baru sahaja pulang bercuti berbulan madu bersama suami tersayang di Los Angeles, semangatnya untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini sedikit berbeza berbanding dua tahun sebelumnya.

“Saya rasa bersemangat nak beraya tahun ni sebab suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini hampir kembali normal sebelum fasa pandemik.

“Percutian baru-baru ini merupakan honeymoon ‘tertunggak’ sebaik sahaja saya melangsungkan perkahwinan pada penghujung 2019, sebelum dunia dibadai pandemik.

“Sejak berkahwin, saya belum sempat lagi nak pergi berbulan madu bersama suami walaupun tiket sudah dibeli ketika itu lagi.

“Tahun ini, sejak bergelar isteri dan menantu, ini pertama kali saya dapat menyambut raya bersama kaum keluarga sebelah suami di Kuching, Sarawak,” katanya.

YAYA yang merupakan pengacara Hlive menyifatkan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza berbading dua tahun sebelumnya.

Tidak terhenti di situ, Yaya atau nama sebenarnya Zuhairah Zahir, 31, bersyukur atas rezeki dan kepercayaan yang diberikan Astro kepadanya untuk menjadi duta kempen Ramadan Raya Astro tahun ini.

“Alhamdulillah. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Astro kerana memberikan kepercayaan, peluang dan ruang kepada saya untuk bergelar duta kempen Ramadan Raya Astro pada kali ini.

“Sebagai duta kempen ini, saya akan berkongsi dan berinteraksi dengan penonton dalam jaringan sosial tentang rancangan-rancangan kegemaran saya sendiri menerusi platform Astro,” katanya.

Duta-duta lain yang turut dilantik ialah Nadhir Nasar, Wani Kayrie, Hun Haqeem, Danial Zaini, Erissa Puteri dan juga Upin & Ipin.

Pada masa sama, meskipun sibuk dengan mengacara dan menguruskan jualan di bazar Ramadan di Publika Shopping Gallery, dia tetap mencari peluang untuk mengikuti semua drama-drama hebat yang bersiaran di Astro seperti Dendam Seorang Isteri dan Nusyuz Berkiblat Cinta.

“Saya memang peminat drama Korea dan bila naskhah Dendam Seorang Isteri yang diadaptasikan daripada drama popular Korea, Temptation of Wife ditayangkan, saya tak lepas peluang untuk mengikutinya apatah lagi bila pelakon hebat Fasha Sanda dan Nad Zainal menjadi teraju utama.

“Selain drama tersebut, saya turut tidak ketinggalan mengikuti Nusyuz Berkiblat Cinta sebab teman-teman saya seperti Shaza Bae dan Nadhir Nasar turut berlakon dalam naskhah ini.

“Saya amat kagum dengan kualiti produksi dua drama ini. Lakonan Fasha dan Nad memang tak boleh disangkal lagi. Begitu juga dengan Nadhir dan Shaza, saya akan terus menyokong dengan menonton hasil kerja mereka,” ujarnya.

MESKIPUN sibuk mengacara dan menguruskan perniagaan, Yaya tetap meluangkan masa menonton pelbagai variasi drama menarik yang disajikan Astro sepanjang Ramadan ini.

Yaya yang merupakan bekas peserta program realiti, On Air musim pertama menambah, jalan cerita kedua-dua buah drama tersebut yang banyak memperkasakan semangat wanita perlu diketengahkan kerana masih ramai isteri di luar sana yang mengalami penganiayaan rumah tangga, lebih lebih lagi sejak berlakunya pandemik.

Yaya turut berpesan agar kita semua tetap menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan jangan sesekali leka kerana Covid-19 tidak mengenal siapa lebih-lebih lagi pelbagai kelonggaran serta kebenaran sudah dibenarkan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI