fbpx

Tengok YouTube belajar tanam pokok ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman menunjukkan tiga pasu pokok ganja yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Taiping hari ini.

TAIPING – Tindakan berani seorang penganggur di Taman Menteri Changkat Jering di sini menanam pokok ganja mengundang padah apabila kegiatannya berjaya dihidu polis Rabu lalu.

Dia membeli benih pokok ganja itu secara dalam talian dan menanam di dalam pasu di sebuah pondok di belakang rumahnya manakala tekniknya dipelajari melalui YouTube.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah menyerbu pondok lelaki itu hasil aduan awam.

Katanya, operasi pada pukul 3.45 petang itu berjaya menahan suspek berusia 42 tahun yang masih bujang manakala pemeriksaan dalam pondok menemui tiga pasu ditanam pokok ganja.

“Penggeledahan di dalam salah sebuah bilik rumah pula menjumpai tiga peket lut sinar berisi daun ganja seberat 16.58 gram (g) di atas lantai.

“Turut ditemui enam tiub plastik kecil dan satu tiub straw berisi biji-biji benih ganja dengan anggaran berat 4.54g,” katanya pada sidang akhbar di IPD Taiping hari ini.

Difahamkan, pokok ganja yang dirampas baru berusia enam bulan dan daunnya boleh dituai setelah berusia sembilan bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI