fbpx

Tawaran buat Pogba tidak disenangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (dua dari kanan) ditawar gaji mingguan paling tinggi untuk memastikan dia kekal di Old Trafford. – AFP

MANCHESTER – Masa depan pemain tengah, Paul Pogba bersama Manchester United masih lagi tidak menentu terutama apabila beberapa pemain kelab itu dilaporkan tidak bersetuju sekiranya dia diberikan tawaran lumayan untuk terus kekal.

Pemain antarabangsa Perancis itu hanya mempunyai baki kontrak sehingga musim panas ini dan ketika ini dia dikaitkan dengan beberapa pasukan lain seperti Real Madrid, Juventus dan Paris Saint-Germain sebagai destinasi baharu.

Menurut sumber, Pogba, 29, ditawarkan kontrak baharu yang membolehkannya meraih pendapatan sebanyak £500,000 (RM2.7 juta) seminggu untuk kekal di Old Trafford sekali gus menjadikannya pemain menerima gaji paling tinggi di Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, terdapat laporan mengatakan bahawa beberapa pemain United tidak berpuas hati sekiranya perjanjian itu termeterai kerana berpendapat ia tidak sepadan dengan aksi yang dipamerkannya ketika bersama pasukan itu.

“Beberapa pemain tidak begitu senang dengan tindakan pihak pengurusan menawarkan pendapatan yang terlampau tinggi berdasarkan apa yang disumbangkan oleh Pogba. Dia juga tidak dianggap sebagai pemain yang setia apabila selalu bercakap mengenai peluang meninggalkan pasukan ini,” kata sumber ber­kenaan.

Sekiranya Pogba menerima tawaran berkenaan, dia akan menjadi pemain yang meraih pendapatan mingguan paling tinggi di United dengan meng­atasi Ronaldo (RM2.49 juta), David De Gea (RM2.08 juta), Jadon Sancho dan Raphael Varane (RM1.66 juta).

Pogba yang ketika ini me­nerima pendapatan sebanyak £290,000 (RM1.61 juta) seminggu merupakan salah seorang daripada lima pemain United yang bakal menamatkan kontrak musim panas ini bersama Jesse Lingard, Juan Mata, Edinson Cavani dan Lee Grant yang ditawar sebagai staf kejurulatihan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI