fbpx

PTPTN seru peminjam terima tawaran diskaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Dasuki menyampaikan bubur lambuk kepada wakil komuniti penduduk di Politeknik Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan peminjam mengambil peluang tawaran diskaun sehingga 30 peratus yang tamat pada 30 April ini.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid, peminjam yang berhasrat untuk dapatkan diskaun itu perlu melalui aplikasi MyPTPTN atau 64 cawangan di seluruh negara.

“Kita beri diskaun 12 peratus bagi pembayaran 50 peratus dari pembayaran penuh pinjaman.

“Bagi mereka yang ingin buat potongan gaji atau debit terus (direct debit) akan menerima potongan sebanyak 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar dalam Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) bersama IPT 2022 di Politeknik Port Dickson di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Politeknik Port Dickson, Mohamad Isa Azhari.

Tambahnya, PTPTN telah melaksanakan sejak 1 November tahun lalu dan akan berakhir pada 30 April ini.

“Kali terakhir kita (PTPTN) beri diskaun seumpama ini pada tahun 2018. Jadi kami menggalakkan peminjam mengambil kesempatan ini,” tambahnya

Jelasnya, peminjam yang berhasrat untuk dapatkan pengesahan penuh pinjaman boleh membuat permohonan pengesahan baki pinjaman melalui MyPTPTN.

“Selepas membuat pembayaran dan pelarasan peminjam juga boleh dapatkan cetakan baki hutang di dalam aplikasi MyPTPTN.

“Pembayaran menggunakan aplikasi lebih mudah, cepat dan selamat,” jelasnya.

Sementara itu, dalam program itu PTPTN telah mengagihkan sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk kepada para pelajar dan kakitangan Politeknik Port Dickson, komuniti setempat dan pasukan frontliners di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI