fbpx

PMKS diseru berurus niaga tanpa tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Pelancaran ePemula di MMU Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA – Semua usahawan tempatan khasnya golongan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) diseru agar mengamalkan urus niaga tanpa tunai terutamanya ketika Fasa Peralihan ke endemik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, saranan tersebut dibuat agar dapat membolehkan Keluarga Malaysia melakukan transaksi di kedai-kedai fizikal secara lebih mudah, cepat dan selamat.endemik

“Sehingga kini sudah semakin ramai usahawan dan peniaga termasuk golongan PMKS bertransaksi secara e-tunai dan pengguna juga semakin yakin dengan menggunkan e-tunai melalui pelbagai e-dompet.

“Ini jelas terbukti apabila transaksi e-tunai berkembang dengan ketara sebanyak RM50.5 bilion pada tahun 2021 berbanding RM29.6 bilion pada tahun 2020,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran e-Pemula di Universiti Multimedia di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Menurut beliau, kerajaan komited untuk terus menggalakkan pembayaran secara elektronik dalam kalangan peniaga dan pengguna bagi mewujudkan masyarakat Keluarga Malaysia tanpa
tunai.

“Bagi pembeli pula, mereka tidak perlu lagi membawa dompet atau beg duit fizikal apabila sumber kewangan sentiasa ada dalam aplikasi e-dompet masing-masing,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, sedang merangka Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia untuk memantapkan peranan anak muda dalam pembangunan negara.

“Akademi Pembangunan Belia Malaysia dan beberapa Kompleks Belia dan Sukan akan dinaik taraf manakala pusat belia wilayah yang pertama di Malaysia akan dibina bagi merancakkan lagi program dan aktiviti belia.

“Buat masa ini, melalui Bajet 2022, secara keseluruhan, sekurang-kurangnya RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif bagi memanfaatkan golongan belia,”jelas beliau.

Ismail Sabri berkata, inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi melibatkan kos RM450 juta mulai Jun ini yang bakal dimanfaatkan oleh kira-kira 350,000 mahasiswa.

“Majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun pula akan diberi insentif sebanyak RM900 sebulan selama enam bulan, iaitu meningkat berbanding RM800

“Bagi belia yang cenderung ke arah keusahawanan pula, kerajaan menyediakan pelan pembiayaan bernilai RM150 juta khusus untuk belia melalui Bank Simpanan Nasional dan Agrobank,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, keempat-empat e-Dompet yang mengambil bahagian melalui Program ePemula iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet ini boleh digunakan melalui jaringan peniagaan runcit yang melebihi 1.2 juta touchpoints.

“Jaringan yang luas ini akan memastikan pelaksanaan ePemula secara menyeluruh di seluruh negara, termasuk di bandar-bandar kecil, lantas memanfaatkan lebih ramai belia dan pelajar, selain membudayakan satu sistem pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, telus dan selamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI