fbpx

Pesara tentera dipenjara 19 bulan perdaya tipu beli kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Isa (kiri) dihukum penjara 19 bulan atas kesalahan memperdaya seorang wanita dalam urusan pembayaran pendahuluan kereta jenis Perodua Alza lebih enam tahun lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Mahkamah Majistret Kuala Pilah di sini menjatuhkan hukuman 19 bulan penjara ke atas seorang pesara tentera atas kesalahan memperdaya seorang wanita dalam urusan pembayaran pendahuluan kereta jenis Perodua Alza lebih enam tahun lalu.

Tertuduh, Mat Isa Mat Dali, 56, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan pilihan pada 12 Mei 2015, bertempat di mesin CDM ATM Maybank Kuala Pilah, tertuduh telah memperdaya seorang wanita yang ketika itu berusia 31 tahun menyerahkan wang berjumlah RM3,500 ke dalam akaun bank milik tertuduh bagi tujuan pembayaran pendahuluan kereta jenis Perodua Alza.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI