fbpx

Penjual mercun ‘online’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA mercun dan bunga api yang dirampas hasil tangkapan ke atas seorang lelaki di tepi jalan Taman Teratai di Pekan Nanas, Pontian, malam semalam.

PONTIAN – Tindakan seorang lelaki menjalankan bisnes menjual mercun dalam talian mengundang padah apabila dia ditahan di tepi Jalan Taman Bunga Teratai, Pekan Nanas di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, lelaki berusia 52 tahun itu diberkas bersama beberapa jenis mercun dan bunga api di dalam sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, ketika ditahan polis menemui sebanyak 17 kotak mercun yang disyaki untuk diedarkan kepada pembeli yang menempahnya secara dalam talian bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Antara jenis mercun yang dirampas ialah enam kotak Assorted Cake Celeberation Repeater 138 shot, 1 kotak Assorted Cake Celeberation Repeater 25 shot, 1 kotak Assorted Cake Celeberation Repeater 49 shot, 1 kotak 36 shot cake, 1 kotak 25 shot cake, 3 kotak 12 Shot cake dan 4 kotak Boom Thunder clap 20/3 pcs.

“Pihak kami amat mengalu-alukan maklumat yang diberikan oleh orang awam atas pejualan mercun secara ‘online’ sehingga tertangkap suspek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek akan disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207 ) dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama yang memperuntukan penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Sehubungan itu juga beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan penjualan mercun kerana ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis ditalian Hotline 07-6868224 atau 6869999,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI