fbpx

Peniaga tanggung rugi, pelanggan hilang lepas buat tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang juga peniaga terpaksa menanggung kerugian akibat ditipu pelanggannya yang tidak datang selepas membuat tempahan.

PETALING JAYA – “Makanan sudah siap dimasak dan dihidang, namun pelanggan pula tidak muncul.”

Itu antara luahan sedih seorang peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan pelanggannya yang ‘menghilangkan’ diri selepas membuat tempahan.

Menerusi video berdurasi 20 saat, terdapat hidangan makanan berserta minuman di atas meja untuk sembilan individu yang ditempah atas nama ‘Ayu’.

“Sudah tempah makanan dan meja untuk berbuka puasa, namun menipu pada bulan Ramadan, tak datang. Telefon banyak kali masih tidak berangkat.

“Kita yang kerja di restoran sudah bersusah payah tiada pelanggan. Kalau tak nak datang boleh sahaja batalkan tempahan sebelum makanan dimasak,” luah @eila_seafood di media sosial.

Video itu menerima lebih 170,000 tanda suka dan 5,000 komen.

Terdapat pengguna media sosial yang bersimpati dengan nasib peniaga terbabit dan mahu membayar kesemua hidangan tersebut.

“Berapa semua kak, biar saya tolong bayarkan. Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki,” kata @matsallehcuckoo.

Terdapat juga pengguna media sosial yang mencadangkan agar wanita berkenaan mula mengambil deposit untuk sebarang tempahan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI