fbpx

Mahkamah tonton rakaman video hari raya “hamba abdi”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan beberapa rakaman video aksi pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali melayan bekas penghuni rumah kebajikan itu.

Antaranya rakaman video percutian di hotel, sambutan Hari Raya Aidilfiri di rumah Siti Bainun di Wangsa Maju serta sambutan hari lahir penghuni termasuk hari lahir saksi pendakwaan Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Yasmin ketika disoal balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor berhubung rakaman video tersebut mengaku dia dilihat ceria bersama beberapa individu lain dalam rakaman video berkenaan.

Dia juga bersetuju dengan Nur A’minahtul Mardiah yang mencadangkan kepadanya bahawa aksi yang diperlihatkan dalam rakaman video tersebut adalah layanan `hamba abdi’ oleh Siti Bainun.

“Cadangan saya meraikan hari raya bersama-sama dan Siti Bainun bawa satu keluarga (penghuni rumah bonda) termasuk yasmin, bergambar di studio adalah layanan hamba abdi Siti Bainun kepada Yasmin, setuju?,” kata Nur A’minahtul Mardiah.

Dalam pada itu, berdasarkan video sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 Mei 2021, Nur Aminahtul Mardiah bertanya sama ada siapa yang Bella paling lama dan Yasmin menjawab ‘Siti Bainun’.

Yasmin juga menjawab ‘ya’ ketika ditanya Bella tidak takut dan peluk penderanya.

Pada prosiding hari ini, pihak pembelaan menyenaraikan 10 keterangan Yasmin yang dikatakan penipuan semata-mata.

Senarai tersebut termasuk keadaan Bella yang dikatakan asyik terjatuh apabila berjalan kerana kakinya lemah selepas sering didera (rakaman video menunjukkan Bella mampu berjalan seperti biasa) dan dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah (Yasmin berada di Rumah Perlindungan Jitra, Kedah ketika kejadian kononnya berlaku).

Yasmin bagaimanapun menafikan bahawa keterangan yang diberikan adalah palsu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 20 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI