fbpx

Kes belanja sakan kad ATM orang lain selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki bersama rakan-rakanya berbelanja sakan menggunakan kad ATM milik orang lain.

PETALING JAYA – Pemilik kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang kehilangan kadnya semalam kini boleh menarik nafas lega selepas individu yang menggunakan kad ATM tersebut telah membayar ganti rugi.

Pemilik kad ATM tersebut menerusi satu hantaran di Facebook berkata, individu yang menggunakan kad ATM tersebut telah membayar ganti rugi dengan jumlah yang digunakannya semalam.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu saya dan menjadikan kejadian ini sampai tular di media sosial.

“Jasa baik anda semua, saya telah telah mendapatkan kembali duit yang hilang tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, tindakan seorang lelaki berbelanja sakan menggunakan kad ATM yang ditemuinya mendapat kecaman orang ramai.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki itu membeli pakaian di sebuah butik terkenal turut berjaya dirakam dan dimuat naik di media sosial oleh individu dipercayai pemilik kad tersebut.

Menurut hantaran itu katanya, lelaki berkenaan telah mengambil kad ATM miliknya selepas dia terlupa untuk mengambil kad tersebut semasa berurusan di sebuah mesin ATM.

Difahamkan, kesemua wang di dalam akaun tersebut telah habis dibelanjakan oleh lelaki tersebut dan pemilik kad ATM berkenaan kerugian kira-kira RM1,000.

Turut kelihatan dalam rakaman CCTV itu ialah seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai turut bersama-sama membeli-belah menggunakan kad ATM tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI