fbpx

Kahwin lain sebab isteri sukar hamil, rupanya suami tiada sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kaum isteri sering dipersalahkan sekiranya masih tidak mempunyai anak selama tempoh berkahwin dan mereka dikatakan mempunyai masalah kesuburan utama.

Namun, kaum suami juga antara penyebab terbesar berlakunya kesukaran dalam mendapatkan zuriat disebabkan air mani mereka tidak mempunyai sperma.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Dr. Nurul Mutmainah menerusi laman TikToknya yang berkongsi kisah pesakitnya ketika mendapatkan rawatan pemeriksaan di klinik.

“Sepasang suami isteri datang buat pemeriksaan di klinik selepas tujuh tahun kahwin dan masih tiada anak.

“Disangka orang rumahnya mengalami masalah kesuburan, rupanya air mani lelaki tidak mempunyai sperma yang dikenali sebagai Azoospermia,” katanya.

Menurut beliau, perkahwinan lelaki tersebut merupakan kali kedua selepas isteri pertamanya gagal memberikan zuriat sepanjang mereka berkahwin.

“Sebenarnya ini perkahwinan kedua si suami, dengan isteri pertama pun tiada anak, jadi dia kahwin seorang lagi, yang datang jumpa saya pada mulanya adalah isteri keduanya ingat ada masalah kesuburan,” ujarnya.

Tegasnya, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk menyebarkan aib sesiapa, namun sebagai pencerahan kepada pasangan suami isteri yang lain bahawa segala masalah kelewatan hamil bukanlah semata-mata berpunca daripada isteri sahaja.

“Berkali-kali mendiagnosis keadaan sebegitu, saya harap stigma dan pemikiran masyarakat boleh diperbetulkan,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI