fbpx

Isu MV tayang wanita separa bogel, Chubb-E akui khilaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA Chubb-E pernah hangat selepas hebat dikecam netizen gara-gara menggunakan seorang wanita seksi separuh bogel dalam video muzik lagu baharunya.

PETALING JAYA – Selepas teruk dihentam, penyanyi rap Chubb-E memohon maaf secara terbuka kerana memaparkan adegan wanita berpakaian separuh bogel dalam video muzik (MV) single baharunya berjudul Rambang.

Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn, 23, mengakui khilaf sendiri mengenai isu adegan yang tidak sepatutnya menjadi tontonan ramai.

“Saya memohon maaf secara terbuka kepada semua, berkenaan foto daripada MV lagu Rambang yang tular baru-baru ini sebelum tayangan sebenar.

“Saya sedar gambar tersebut adalah adegan yang tidak sesuai ditonton oleh mana-mana pihak atau individu. Dengan rasa rendah diri saya sekali lagi memohon maaf pada semua di atas kekhilafan ini,” katanya.

Sebelum ini, nama bekas peserta program Dansa dan Sing berkenaan menjadi bualan ramai selepas tular beberapa keping foto model wanita berpakaian seksi yang diambil daripada MV Rambang.

Malah, dia juga pernah meluahkan rasa terkilan kerana babak yang merupakan idea asal ibunya itu terpaksa dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI