fbpx

Ismail Sabri sebagai calon PM bukti UMNO sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menandatangani plak perasmian Coop Community Mart sambil diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (kiri) pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Coop Mart di PPA1M Pudina, Presint 17 di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri membuktikan parti itu terus kukuh.

Demikian reaksi spontan beliau yang juga Naib Presiden UMNO sebagai reaksi kepada kesepakatan sebulat suara MKT semalam memilih dirinya menjadi calon tunggal jawatan itu.

“Ini membuktikan bahawa UMNO terus bersatu walaupun macam-macam pihak yang kata mengenai parti, tetapi keputusan itu telah menunjukkan apa diperkatakan adalah tidak benar.

“(Malah) UMNO terus kukuh solidaritinya lebih kuat, tiada ‘kem’ pun dalam UMNO,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Coop Community Mart di Presint 17, di sini hari ini.

Turut hadir pada acara berkenaan ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar serta Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti yang turut digelar sebagai ‘Top 5’ serta kesemua anggota MKT menamakan beliau menerajui negara.

“Saya tidak tahu jika keputusan itu isyarat PRU akan datang semakin hampir,” jelasnya dalam nada jenaka apabila ditanya kemungkinan Parlimen boleh dibubarkan dalam masa terdekat.

Menyentuh apakah kerajaan pimpinan beliau akan akur dengan keputusan MKT UMNO, beliau berkata pada kebiasaannya ia sepatutnya diikuti oleh semua anggota pentadbiran negara.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang akan menyaksikan perubahan tertentu kepada ‘corak’ politik tanah air sehingga akhir Julai depan.

Ini kerana MKT parti itu semalam turut memutuskan tidak akan meneruskan ‘memorandum persefahaman’ yang dimeterai antara kerajaan dengan pihak pembangkang pada tahun lalu.

Ismail Sabri namun memberi jaminan akan membawa segala perkembangan semasa ke dalam mesyuarat MKT kerana beliau juga masih tertakluk kepada keputusan badan tertinggi parti.

“Sekarang ini masih lagi bulan April, jadi kita tengoklah, biarlah dapat menyambut Hari Raya Puasa dulu, tetapi kalau ada apa-apa perubahan, MKT akan bincang semula,” tambah beliau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI