fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah.

“Antara kawasan yang terjejas di Kedah ialah di Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

“Bagi Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh sementara di Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat,” katanya hari ini.

Tambahnya, di Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.

“Beralih ke Sarawak pula melibatkan kawasan Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Bintulu (Tatau) manakala di Sabah di Tawau (Tawau dan Lahad Datu) serta Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” ujarnya.

Jelas MetMalaysia lagi, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI