fbpx

Hong Kong ujian getir Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDERSEN (kanan) yang baru saja dilantik sebagai pengendali skuad Hong Kong dikatakan lebih gemarkan corak permainan menyerang.

AKSI persahabatan antara Harimau Malaya dan Hong Kong pada 1 Jun ini bakal menjadi pentas buat kedua-dua pengendali untuk mendapatkan gambaran sebenar dalam menyediakan skuad terbaik bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Jika Kim Pan-gon dilantik Januari lalu, rakan sejawatnya di Hong Kong, Jorn Andersen juga masih ‘mentah’ dengan bola sepak di negara itu memandangkan beliau baru saja dilantik sebagai pengendali pasukan ber­kenaan pada Disember lalu.

Bagaimanapun, sama seperti apa yang diterapkan oleh Pan-gon, Andersen juga seakan memiliki pendekatan hampir sama dan jurulatih dari Norway itu lebih gemarkan corak permainan menyerang.

Andersen yang menggantikan Mixu Paatelainen sentiasa dengan pendirian, kemenangan hanya mampu dicapai dengan taktikal menyerang dan tidak sesekali cenderung untuk ambil pendekatan bertahan.

Jika dinilai kepada pencapaian November 2017, pengendali baharu Hong Kong itu nyata memiliki rekod baik ke atas Malaysia apabila dua kali meraih kemenangan 4-1 ketika membantu Korea Utara mengatasi Harimau Malaya pada saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.

“Saya akan cuba membuat perubahan dan kami boleh bermain dengan cara sedikit menyerang serta bertahan di garisan lebih tinggi. Kadang-kadang kami perlu menekan pasukan lawan dan tidak berikan kerja mudah untuk mereka kuasai kawasan kami.

“Itulah perkara terpenting untuk permulaan ini,” katanya yang dipetik menerusi laporan media Hong Kong.

Selain Hong Kong, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga mengesahkan skuad Harimau Malaya akan menentang Myanmar pada 27 Mei sebagai persiapan menjelang tiga aksi Kumpulan E pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, bermula 8 hingga 14 Jun ini.

Turut bersama Malaysia dalam Kumpulan E adalah Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI