fbpx

CoopMart mampu jual ayam RM5 seekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri merasmikan Coop Mart sambil diiringi oleh Noh pada Majlis Pelancaran dan Perasmian Coop Mart di PPA1M Pudina, Presint 17 di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berhasrat mewujudkan lebih banyak premis CoopMart untuk menjual barangan keperluan harian pada harga jauh lebih murah.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, perkara tersebut tidak mustahil kerana sudah terdapat beberapa kedai koperasi yang didapati mampu menawarkan produk runcit pada kos rendah.

“Saya difahamkan memang ada sebuah koperasi terkenal dapat jual seekor ayam di kedai yang diuruskan hanya RM5 seekor tanpa masalah besar pun kerana mempunyai banyak bekalan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Coop Community Mart di Dewan Seri Pudina, Presint 17, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noh memberitahu, premis tersebut berupaya membantu kerajaan ‘berjihad’ memerangi manipulasi harga oleh kelompok orang tengah yang menyebabkan kos mahal.

Hasrat itu ujarnya, jika berjaya direalisasikan turut menolong dalam meringankan beban kos sara hidup tinggi yang terpaksa ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah atau B40.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI