fbpx

Bebas kanser, Kim Woo-bin kembali berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM WOO-BIN

ENAM tahun berehat kerana bertarung melawan penyakit kanser, pelakon Kim Woo-bin bakal membuat kemunculan semula dalam drama terbaharu berjudul Our Blues.

Menariknya, naskhah berkenaan turut menampilkan aktres Shin Min-ah yang merupakan kekasihnya sebagai heroin.

Dalam keterujaan kembali berlakon, Woo-bin turut berasa rasa gementar kerana sudah lama tidak tampil dengan drama baharu.

“Lama sungguh saya berehat dan saya rasa sangat gementar. Saya bersyukur dapat kembali berlakon dan berikan sesuatu kepada peminat.

“Apabila diberitahu berlakon dengan barisan pelakon hebat, saya juga jadi gementar dan dalam masa sama amat teruja untuk kembali beraksi,” katanya.

Terdahulu, Woo-bin, 33, disahkan menghidap nasopharyngeal, sejenis kanser melibatkan saluran pernafasan dan tekak. Untungnya, kanser tersebut dapat dikesan awal dan Woo-bin kini bebas daripada penyakit pembunuh itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI