fbpx

5 sekeluarga diiktiraf tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri, Adam, Savanna, Scott, Molly dan Krissy bergambar di hadapan Rumah Api Duluth North Pier. - Peter Walkowiak

SAINT PAUL, MINNESOTA – Sebuah keluarga di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai keluarga tertinggi di dunia dengan kelima-lima mereka mempunyai purata ketinggian 203.29 sentimeter (sm), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Guinness berkata, keluarga Trapp secara rasmi digelar sebagai keluarga tertinggi di dunia selepas diukur secara rasmi oleh pakar-pakar ortopedik.

Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri, Scott (202.7 sm) dan Krissy (191.2 sm), serta tiga anak mereka iaitu Savanna (203.6 sm), Molly (197.26 sm) dan Adam (221.71 sm).

Ketiga-tiga beradik itu aktif dalam sukan dan telah ditawarkan kemasukan ke kolej untuk bermain bola keranjang dan bola tampar. 

“Jurulatih sering berkata kepada kami bahawa ‘Anda tidak boleh mengajar ketinggian. Ia sama ada anda tinggi atau tidak,” kata Molly.

Semua ahli keluarga Trapp berbangga dengan ketinggian mereka serta rekod dunia yang diperoleh itu.

“Terdapat kegembiraan dan kebebasan jika anda menerima siapa diri anda. Serlahkan apa yang dimiliki kerana tiada orang lain yang sama seperti anda, dan ia amat hebat,” kata Savanna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI