fbpx

Wanita rugi RM55,250 angkara sindiket tawaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang merupakan jurujual sebuah syarikat swasta kerugian RM55,250 akibat diperdaya sindiket tawaran kerja dalam talian kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengeluaran duit daripada akaun mangsa tanpa kebenaran.

“Mangsa merupakan wanita tempatan berusia 32 tahun telah menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp dari nombor yang tidak dikenali menawarkan pekerjaan secara dalam talian.

“Percaya dengan tawaran kerja tersebut, mangsa telah mendaftar melalui pautan yang diberikan dan mengisi maklumat peribadi serta perbankan miliknya bertujuan membayar pendaftaran,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, wanita terbabit telah menerima notifikasi pesanan ringkas daripada bank memaklumkan terdapat pengurangan wang sebanyak RM55,250 di dalam akaun bank miliknya sebelum membuat laporan polis.

Jelasnya, sindiket kini menjalankan modus operandi menggunakan platform cari kerja untuk mendapatkan butiran perbankan mangsa dan membuat pindahan wang melalui akaun tanpa kebenaran mereka.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana kesalahan melakukan capaian tanpa kuasa dengan niat melakukan atau memudahkan kesalahan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI